Enam
Masih lagi aku nak mengisi entri pengalaman di Taipei. Tak banyak, sekadar nak lekatkan gambar aku dengan Dwayne Johnson saja. Kenangan orang kata. Ketika ini aku di Asia Press Junket untuk filem Journey 2: The Mysterious Island seperti mana yang pernah aku cakap dalam entri sebelum ini. Tengoklah badan The Rock berbanding orang Asia macam kita.
Kalau mengikut pengalaman aku, susah nak ambil gambar dengan bintang Hollywood atau Bollywood. Ikut nasiblah. Memang susah sebab itu peraturannya dan dalam surat persetujuan Junket pun biasanya tertera 'tidak dibenarkan' itu. Tetapi ketika di Taipei, aku ambil peluang ini dengan muka tebal. PR atau Liason Officer yang bertugas hari itu mungkin bengang tetapi ada aku kisah. Press lain sibuk minta autograf, dan aku sorang saja yang nam ambil gambar. PR kata, pilih satu saja. Sorry la, sudah tentu aku pilih yang ini, ambil gambar bersama. Untuk gambar The Rock seorang diri atau dengan pengarah, memang ada waktu diperuntukkan.
Gambar macam ini, sempat aku rakam lima enam keping sebab aku dan 7 press lain baru roundtable interview with him. Jadi sempatlah, lainlah kalau dalam PC yang dihadiri puluhan atau ratusan media, macam di bawah ini yang aku sempat rakam dari tempat duduk aku (sambil minum black coffee).
Yang 2 keping di atas ini adalah dari PC yang dimoderatorkan oleh artis Taiwan. Aku temper sikit ketika ini, sebab banyak MC yang bercakap daripada artis (Rock & Peyton). MC jenis 'terlalu aku' sehingga cuba memasukkan diri sendiri di dalam jawapan Rock & Peyton. Menyampah sungguh sebab masa memang terhad. Bayangkan 25 minit sedangkan yang mengangkat tangan untuk bertanya hampir 3 suku dalam dewan itu. Masa terbuang dengan lawak MC Taiwan yang juga kononnya dia artis.
Namun itulah pengalaman, tidak semuanya manis. Pernah juga aku melalui Press Junket 'buat penat saja' ketika di Santa Monica, LA untuk tengok filem Charlie's Angels: Full Throttle. Press terutama dari Asia hanya menghadiri PC, nak tanya lebih-lebih Drew Barrymore, Cameron Diaz dan Lucy Liu pula tak boleh. Masa terlalu suntuk, jadi pandai-pandailah mencari info termasuk daripada petugas filem itu. Cuma yang tak kisah sangat sebab filem Hollywood selalunya disediakan production note yang lengkap. Kiranya boleh buat lima enam story lah berdasarkan note tu.
Filem Malaysia, haram..... pernah jugalah aku tengok production note yang hampir lengkap. Tetapi selebihnya, main taruk saja macam untuk mencukupkan syarat. Preview filem hanya disediakan sekeping dua nota produksi, itupun panjang dengan sinopsis filem. Pengalaman artis, krew, penulis skrip, pengarah dan sebagainya tidak dinyatakan. Mungkin bagi pihak produksi, itu hanya membazir saja sebab press Malaysia tetap tanya juga. Jadi tak payah sediakan.
Wassalam!
No comments:
Post a Comment