Friday, 30 March 2012

Lapan

Aku suka statement Maya Karin dalam majalah Lisa, 15 Mac 2012.
"Jika saya nak cari suami, minggu depan pun ada. Kita kenalah selektif sikit."


Orang cantik, popular macam dia boleh lah kan? Kau ada, kata kawan aku di Harian Metro. Tapi gambar yang aku upload kat sini bukan dari Lisa tetapi gambar personal Maya ketika melawat Beijing 2011 dengan abangnya.

Saturday, 25 February 2012

Tujuh

Sambil menyiapkan update di www.conteng.com.my, teringat lak blog ni. Sekadar untuk update mana yang patut, kata orang, bagi 'nyawa' sikit daripada langsung kosong. Aku panjangkan tiga keping koleksi di www.conteng.com.my ke sini.




Ini antara kombinasi warna-warna yang aku suka. Lain orang lain matanya, so enjoy!

Thursday, 16 February 2012

Enam

Masih lagi aku nak mengisi entri pengalaman di Taipei. Tak banyak, sekadar nak lekatkan gambar aku dengan Dwayne Johnson saja. Kenangan orang kata. Ketika ini aku di Asia Press Junket untuk filem Journey 2: The Mysterious Island seperti mana yang pernah aku cakap dalam entri sebelum ini. Tengoklah badan The Rock berbanding orang Asia macam kita.


Kalau mengikut pengalaman aku, susah nak ambil gambar dengan bintang Hollywood atau Bollywood. Ikut nasiblah. Memang susah sebab itu peraturannya dan dalam surat persetujuan Junket pun biasanya tertera 'tidak dibenarkan' itu. Tetapi ketika di Taipei, aku ambil peluang ini dengan muka tebal. PR atau Liason Officer yang bertugas hari itu mungkin bengang tetapi ada aku kisah. Press lain sibuk minta autograf, dan aku sorang saja yang nam ambil gambar. PR kata, pilih satu saja. Sorry la, sudah tentu aku pilih yang ini, ambil gambar bersama. Untuk gambar The Rock seorang diri atau dengan pengarah, memang ada waktu diperuntukkan.




  Gambar macam ini, sempat aku rakam lima enam keping sebab aku dan 7 press lain baru roundtable interview with him. Jadi sempatlah, lainlah kalau dalam PC yang dihadiri puluhan atau ratusan media, macam di bawah ini yang aku sempat rakam dari tempat duduk aku (sambil minum black coffee).



Yang 2 keping di atas ini adalah dari PC yang dimoderatorkan oleh artis Taiwan. Aku temper sikit ketika ini, sebab banyak MC yang bercakap daripada artis (Rock & Peyton). MC jenis 'terlalu aku' sehingga cuba memasukkan diri sendiri di dalam jawapan Rock & Peyton. Menyampah sungguh sebab masa memang terhad. Bayangkan 25 minit sedangkan yang mengangkat tangan untuk bertanya hampir 3 suku dalam dewan itu. Masa terbuang dengan lawak MC Taiwan yang juga kononnya dia artis.
  Namun itulah pengalaman, tidak semuanya manis. Pernah juga aku melalui Press Junket 'buat penat saja' ketika di Santa Monica, LA untuk tengok filem Charlie's Angels: Full Throttle. Press terutama dari Asia hanya menghadiri PC, nak tanya lebih-lebih Drew Barrymore, Cameron Diaz dan Lucy Liu pula tak boleh. Masa terlalu suntuk, jadi pandai-pandailah mencari info termasuk daripada petugas filem itu. Cuma yang tak kisah sangat sebab filem Hollywood selalunya disediakan production note yang lengkap. Kiranya boleh buat lima enam story lah berdasarkan note tu.
  Filem Malaysia, haram..... pernah jugalah aku tengok production note yang hampir lengkap. Tetapi selebihnya, main taruk saja macam untuk mencukupkan syarat. Preview filem hanya disediakan sekeping dua nota produksi, itupun panjang dengan sinopsis filem. Pengalaman artis, krew, penulis skrip, pengarah dan sebagainya tidak dinyatakan. Mungkin bagi pihak produksi, itu hanya membazir saja sebab press Malaysia tetap tanya juga. Jadi tak payah sediakan.
  Wassalam!

Tuesday, 14 February 2012

Ke-5

Transkripsi Abie, kolum aku di Harian Metro selepas beberapa tahun disiarkan di Metro Ahad. Aku sengaja pamerkan di sini sebahagian daripada kerja aku. Walaupun setiap minggu kolum ini disiarkan, aku taklah nak tayang semua (buat masa ini). Ikut kesempatan yang ada. 
  Transkripsi Abie di bawah ini disiarkan pada 28 Januari 2012, aku menulis tentang LPF yang melepaskan tugasnya kepada pengarah dan produser filem untuk menentukan mana yang sesuai untuk penonton hari ini.

  Aku gunakan topik LPF untuk isu ini, sebenarnya ada yang lain cuba nak aku sampaikan, terutama tentang manusia-manusia yang tak reti bersyukur dan tahu dek untung. Banyak dah kita tengok, manusia-manusia yang turun temurun tak pernah puas hati dalam hidup mereka ini suka memijak kepala walaupun kita sudah suapkan nasi ke mulutnya.
  Bagi aku, manusia ini jenis yang tak beragama, yang tak ingatkan Tuhan. Tak sedar yang dulu asalnya merempat, menadah tangan ketika sampai ke pangkalan, kini besar kepala. Pentingnya sejarah dan pentingnya ingatkan Allah.





   Pada 11 Februari 2012 pula, aku menulis tentang ketahanan seseorang anak seni dalam berdepan dengan situasi sebenar industri ini. Kalau tak mampu, berundurlah secara terhormat. CUBALAH BERTAHAN!
  Sebenarnya idea ini diilhamkan daripada pertemuan aku dengan Remy Ishak yang datang ke pejabat aku awal Februari lalu untuk temubual dengan salah seorang rakan di NSTP. Lama betul tak jumpa! Itu pun sekejap saja, katanya kena bergegas ke tempat shooting. Dia antara artis yang masih ingat asal-usul dan sangat berterima kasih terhadap pertemuan pertama kami. Aku pun, sebab itu semua pengalaman baik untuk perjalanan hidup aku.
  Sebenarnya cerita-cerita yang aku tulis dalam kolum Transkripsi Abie ini pernah juga aku gunakan di dalam keluaran sebelum ini, seingat aku 2 tahun lepas. Satu mungkin idea tak pantas ketika itu dan kedua, bagus juga kalau diingat-ingatkan berkali-kali supaya kita tak lupa. Ya kan?
  Bercerita tentang kolum juga, bukan mudah sebenarnya terutama setiap minggu harus diisi, perlu difikirkan, kena perhatikan perkembangan semasa dan yang penting, minta Allah memberikan ilham untuk menulis. Memang itulah masalah aku (orang lain aku tak tahu), kering idea. Kadang-kadang idea datang ketika awal minggu tetapi bila dekat deadline, idea hilang atau takpun tinggal separuh saja.
  Linda Onn pernah tanya aku tentang penulisan kolum aku baik di Transkripsi Abie atau sebelum ini dikenali sebagai Zon Abie. Aku tak tahulah, setiap kali bertukar pengurusan di pejabat aku, setiap kali itulah nama kolum aku bertukar. Topiknya lebih kurang kat situ saja. OK berbalik kepada Linda Onn yang bertanyakan soalan itu, jawapan yang berikan kepadanya lebih kurang macam para di atas. Apa saja boleh dijadikan idea, di sekeliling kita seharian waima ketika aku sedang menaip ini, kepala aku sudah dapat idea untuk Transkripsi Abie akan datang.
  Pertanyaan Linda Onn itu sudah lama berlaku, ketika di kondo Umie Aida di Ampang. Umie belum kahwin lagipun, ketika diadakan satu majlis untuk kawan-kawan rapat saja. Aku pun dipanggil bukan untuk buat cover story tetapi terrrrrrmasuk dalam 'yang rapat' itu. Cerita dengan Umie Aida, nanti aku tulis kemudian hari sebab panjang juga pengalaman aku dengan perempuan itu.
  Wassalam!

Wednesday, 8 February 2012

Ke-4

Lama juga aku tak update www.conteng.com.my, dua bulan jugalah. Kali ini aku saja teaser kat sini 3 keping lukisan dalam koleksi aku di Conteng. Ada kawan tanya kenapa? Biasalah jawapan standard - SIBUK. Actually aku kurang arif dalam membahagikan masa, sebab itu wujudnya blog ini sebagai mencabar diri untuk lebih berdisiplin. Itupun kalau diizinkan waktu, kerana aku ada lagi pertambahan cawangan kerja baru dengan seorang lagi rakan. Hayatilah warna-warna ini yang selalu memberi aku ketenangan seketika, terutama apabila berdepan dengan kebodohan manusia yang menyusahkan orang lain kemudiannya.





  Purata saiz setiap satu dalam ukuran 100sm x 120sm. Memang aku jual lukisan-lukisan ini dan ada genre lain lagi dalam koleksi aku. Kalau ada masa, cuba tengok di www.conteng.com.my. Nak tahu harga pun ada kat sana. Kalau setakat nak tengok pun tak ngapa, bukan ada charge pun!
 

Monday, 6 February 2012

Ketiga

Lepas dapat bantuan budak grafik aku, akhirnya dapat aku concluded kan page Dwayne Johnson, hasil pertemuan aku dengannya di Taipei (15-20 Jan 2012) untuk Press Junket - Journey 2: The Mysterious Island.

Benar kata-kata teman yang pernah bertemubual dengan The Rock, baik orangnya. Sesetengah orang yang 'baik orangnya' kadang-kadang hanya di depan mata terutama press. Tetapi bagi pandangan sekilas aku semasa PC di Le Meridien Taipei dan roundtable interview esoknya, boleh aku katakan The Rock memang rock. Baik orangnya walaupun kami berbual sekitar 25 minit, itupun berebut soalan dengan press dari Korea dan Taiwan.
  Aku ingat kata The Rock padaku, be what you want to be. Tapi aku tak boleh ambil 100% sebab kena sesuaikan dengan situasi aku, budaya aku dan agama aku. Namun aku ambil juga kata-kata itu dengan iringan 'percaya dengan diri sendiri' dan 'sentiasa ingatkan Dia'. Pertemuan kami juga mengingatkan aku kepada Datuk Malek Noor yang pernah aku interview dua tahun lalu. Kisah penghijrahannya, cerita lamanya yang menjadi teladan untuk kita semua. Masih juga tertanya-tanya kenapa teringat Malek Noor? Ooooo... mungkin kedua-duanya berbadan sasa.
  OK setakat ini kali ini. Akan aku postkan lagi kisah di Taipei, gambar barangkali.
  Wassalam!


Wednesday, 1 February 2012

Kedua

Sehari selepas menjejak kaki di Bumi Kenyalang (Ahad) untuk program On Air, aku mulai batuk. Tak tahu kesannya dari mana tetapi malam sebelum itu, aku bedal seafood kat Top Spot bersama rakan-rakan media dari sana. Niezam MStar pun ikut sekali. Memang pulun habis... bayangkan kerapu merah berharga RM90 sekilo dan timbang punya timbang, sekilo lebih berat ikan tu. Jadi total harga RM97 dan kami suruh tauke tu masak stim asam. Esoknya batuk mulai menguasai kerongkong ku dan Isnin ku hilang suara sehinggalah kembali bertugas hari Selasa. Dapat MC daripada doktor Klinik Bakti, panel syarikat aku tetapi bos tetap suruh ku datang juga kerja sebab dia nak rest Hari Wilayah. Kerja tetap kerja, ku tak kisah sangat. Batuk pun semakin kuat mengganggu rakan setugas pada hari cuti umum tu. Sorry le...
  Mulanya berangan nak update blog ni Sabtu lepas, sebaik saja melangkah ke bilik hotel Merdeka Palace. Tak sempat sebab kena buat news bila Pak Nil pula ku lihat bertongkat ketika uji bakat On Air. Jadi sebagai orang media, story tu ku hantarkan hampir pukul 6 petang, waktu genting untuk Metro Ahad... deadline!
  Banyak lagi nak diluahkan di sini. Nak postkan juga pengalaman di Taipei bertemu Dwayne Johnson.. Tetapi ketika mengetuk new post ni, kepala dah 'wengg' sebab telan ubat batuk. Ngantuk dah start.... jumpa lagi..

Tuesday, 24 January 2012

Langkah 1

Assalamualaikum wbrt!
Ini permulaan. Selepas 'berdebat' dengan beberapa teman termasuk yang paling akhir - SM & Bard, akhirnya kuputuskan untuk menghadirkan abie onstage di laman maya. Mungkin agak terlewat tetapi aku setuju para sahabat kata better late than never. Aku sendiri tidak punya fokus tetap untuk catatan di sini, cuma ada kala yang terlintas di kotak fikir dan yang sesuai dilampirkan, akan menjadi material terbaikku saat itu. Sebelum abie onstage, beberapa nama terkait untuk menamakan blogspot yang akhirnya aku miliki ini. abie onstage hadir sehari sebelum laman ini didaftar kerana nama drama daddy sedang memonopli fikiran sekian lama (lebih kurang 2 tahun).
 Untuk apa? Mungkin ini cara terbaik setakat ini untuk aku terus menulis selain di tempat kerja ku di Harian Metro. Kali ini pastinya lebih luas skop yang 'ada aku kisah' untuk bentangkan apa saja cerita yang aku rasa dalam lingkungan siuman seorang manusia Islam. Tidak kurang juga ingin melihat berapa lama abie onstage bertahan? Bukan membunuh semangat kerana kata-kata itu berdasarkan kesuntukan masa kepada yang lebih perlu diutamakan. InsyaAllah kalau diberikan akal dan tubuh yang sihat, akan diteruskan. Terima kasih semua kerana merealisasikan abie onstage. Akhirnya!